Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses pengumpalan darah. Ini bererti mereka dengan leukemia mungkin menjadi lebam, pendarahan berlebihan, atau mengidap pendarah cucukan jarum (petechia).
Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan pathogen, mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.
Akhirnya, kekurangabn sel darah merah mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dyspnea. Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.
Simptom yang berkait
Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain
Kelesuan dan lemah
Hilang selera makan dan/atau berat
Gusi bengkak atau berdarah
Pendarah berlebihan (akibat luka kecil)
Simptom neurologikal (sakit kepala)
Hati dan limpa bengkak
Mudah lebam
Kerap dijangkiti penyakit
Sakit tulang
Sakit sendi
Tonsil bengkak
Perkataan leukemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat kepada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu dengan fungsi normal sel lain.
Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilkan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Untuk pesakit aleukemic, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi leukemia sel rambut.
[sunting] Empat jenis utama
[sunting] Jenis utama
Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (teruk):
Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya diawasi untuk suatu tempoh sebelum dirawat untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukimia kronik.
Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:
Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mielogenus".
Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:
Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
Leukemia mielogenus akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
Leukemia mielogenus kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar